KELEBIHAN BERCIUM
1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan
hidupnya sebelum pergi ke tempat kerja rata-rata memiliki jangka hayat
lima tahun lebih lama berbanding dengan pasangan yang tidak melakukan
rutin ini. Bercium dalam waktu lama boleh membantu sistem peredaran
darah kita. Ketika berciuman, detak jantung menjadi semakin cepat hingga
110 degupan jantung per minit.
2. Bercium adalah sangat baik untuk mendorong kepercayaan diri.
Membuatkan seseorang itu berasa lebih dihargai dan tenang. Tapi
janganlah sampai nak bercium kat depan orang ramai pulak ye, itu dah
over-confident namanya!
3. Bercium mampu membakar kalori (2-3
kalori per minit) dan dapat meningkatkan tahap metabolisme badan. Ada
yang mengatakan, bahawa dengan bercium selama tiga kali sehari (minima
20 detik per ciuman) boleh membantu mengurangkan berat badan. Ini
merupakan tips yang paling senang untuk diamalkan bagi mereka yang nak
cepat kurus.
4. Ciuman cukup sinonim sebagai penghilang
stress. Benar! Ciuman yang berlangsung lebih daripada tiga minit dapat
membantu kita untuk melawan stress. Ciuman penuh ghairah boleh
menghilangkan ketegangan, mengurangkan perasaan negatif dan sekaligus
membuatkan kita berasa lebih bersemangat.
5. Bercium
menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi
akan menegang dan menjadikan kulit muka menjadi lebih halus. Patut laa
ramai orang cakap, pasangan yang baru berkahwin akan kelihatan lebih
berseri. So tak lain tak bukan inilah antara sebabnya kan? Untung
laaa..Hahaha! =p
6. Ciuman baik untuk jantung. Setelah bercium,
paru-paru akan bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per
minit jika dibandingkan dengan nafas normal iaitu hanya 20 kali tarikan
nafas per minit. Ini sangat baik untuk mencegah penyakit paru-paru,
menurunkan tekanan darah dan kolesterol berlebihan.
7. Mereka
yang sering bercium jarang mendapat masalah sakit perut. Seperti yang
kita semua dah belajar masa kat sekolah dulu, perut adalah tempat
pengumpulan asid. Air liur pulak bersifat alkali. So kalau asid dan
alkali bergabung, neutral lah jadinya kan? Kita sakit perut sebab perut
banyak asid. Dengan bercium, kita mampu mengurangkan kadar keasidan
dalam perut berikutan air liur yang terhasil kesan daripada aktiviti
bercium telah menolong kita untuk tidak sakit perut.
8. Last
but not least, bercium juga dapat mengurangkan penyakit gigi. Selama
berciuman, tubuh badan kita akan mengeluarkan antibiotik melalui air
liur yang bertindak sebagai anestetik untuk menjaga gigi supaya sentiasa
berada dalam keadaan baik, mencegah gigi berlubang dan kerosakan gigi.
Tapi dengan syarat, dua pasangan yang berciuman harus menjaga kebersihan
mulut. Jangan lupa gosok gigi dulu ye. Hahaha!
TAPI INGAT!!!
PASTIKAN ANDA BERNIKAH DAHULU SEBELUM BERCIUM!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan