jom kita klik

Khamis, 12 Januari 2012

9 Bahagian Tubuh Ghairah Seks Lelaki Meningkat






Banyak tanggapan bahawa wanita mempunyai lebih banyak ‘zon erotis’ yang boleh membangkitkan ghairah seksual ketika disentuh, sementara lelaki hanya satu kawasan genitalnya. Tapi ternyata, lelaki pun mempunyai beberapa titik rangsang di bahagian tubuh lain.
1. Telapak Kaki
Menurut ilmu refleksologi kuno, tumit pada kaki dipercayai boleh mencetuskan rangsangan seksual. Jadi, sebelum anda bercinta, ambil losen dan mulakan urutan sensual di kawasan tersebut.
2. Telinga
Telinga merupakan salah satu bahagian tubuh yang paling sensitif tetapi juga kawasan sensual yang sering diabaikan. “Zon paling erotis lelaki ada di bahagian dalam telinga kanan. Gunakan bibir, lidah dan jari-jari anda untuk menyentuh telinga pasangan. Anda boleh menggigit lembut cuping telinganya, dan bergerak perlahan menuju ke belakang leher. Gerakan ini pasti akan membuatnya ghairah. “
3. Leher
“Kawasan di antara leher dan bahu merupakan zon sensual yang kesannya sangat dahsyat. Sebahagian besar lelaki dan wanita mudah terangsang apabila mendapat rangsangan dari tengkuk, leher hingga bahu.
4. Pusat
Pusat adalah tempat yang erotis, begitu juga dengan kawasan antara pusat dan perut bahagian bawah. Bahagian ini sangat sensitif dengan sentuhan, belaian dan ciuman. Rangsangan tersebut akan mencipta sensasi menggelitik mulai dari bahagian pusat, merebak ke daerah di bawahnya.

5. Peha
Peha bahagian dalam sangat sensitif terhadap sentuhan dan rangsangan lidah. Ciuman lembut dan gerakan jari-jari ringan sepanjang peha ke kawasan genital akan membuat hasrat berhubungan seks pasangan meningkat.
6. Kepala & Wajah
Rangsangan pada kawasan kepala dan wajah akan memberi rangsangan lebih tinggi pada otak besar berbanding keseronokan secara fizikal. Jadi, biarkan si dia rileks sebelum mula penembusan seks. Kawasan di atas dan tepat di kelopak mata merupakan pusat tumpuan saraf-saraf tubuh. Urutan lembut di sepanjang lengkungan alis ke bahagian tengah, boleh dilakukan untuk memulakan foreplay.
7. Belakang Lutut
Bahagian ini akan menimbulkan sensasi menggelitik ketika disentuh, sekaligus titik yang membangkitkan rangsangan seks. Kulit di belakang lutut lebih nipis dan lembut, jadi lebih sensitif pada sentuhan.
8. Tengkuk
Sentuhan lembut dan ringan pada kawasan tengkuknya, boleh meningkatkan ghairah seksual lelaki. Sebagai gabungan gerakan, usapkan tangan anda pada lehernya, gigit kecil telinga dan perlahan sentuh bahagian tengkuknya.
9. Dahi
Mungkin anda tidak menganggap dahi adalah kawasan yang seksi, tapi kepala dan kulit di sekitarnya dipenuhi saraf-saraf yang sensitif. Urutan ringan di dahi boleh meningkatkan hormon yang mencetuskan rasa senang seperti dopamin dan serotonin.