jom kita klik

Khamis, 9 Februari 2012

Teknik Hebat Bercumbu Sebelum Hubungan Seks


Teknik Hebat Bercumbu Sebelum Hubungan Seks
Cumbuan sebelum seks adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj (lubang pantat).
Hendaklah ingat bahawa keinginan seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan titik ghairah iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.
Jadi titik-titk ghairah (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh antaranya bibir, tengkuk, cuping telinga, buah dada (tetek), leher dan masih banyak lagi, semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum seks (bersetubuh).
Berbeza dengan lelaki, maka titik ghairahnya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya.
Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan zakar (kote) menjadi tegang.
Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbuan dahulu. Pertama, lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, keseksian tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.
Setelah rohaninya terangsang kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercium-ciuman, beraba-rabaan pada bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan mengenai aspek “cumbuan” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdan Baginda yang berikut:
“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan
Ditanya :`Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’
Maka Baginda bersabda: (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.”
(Hadis riwayat Ad Dailami)
Lebih tegas lagi Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan persetubuhan tanpa didahului dengan cumbuan (foreplay). Sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah. Erti hadisnya adalah “Rasulullah melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbuan”.
Seorang suami haruslah mengetahui titik ghairah wanita, iaitu yang berikut:
  1. Daerah kening
  2. Bahagian pelupuk mata
  3. Hidung
  4. Pipi dan sekitarnya
  5. Bahagian tengkuk
  6. Bahagian leher
  7. Cuping dan belakang telinga
  8. Payudara (tetek) terutamanya puting
  9. Bibir dan lidah
  10. Bahagian dalam mulut
  11. Peha dan sekitarnya
  12. Ketiak
  13. Bahagian perut terutama sekitar pusat
  14. Bahagian kemaluan (pantat) dan bahagian dalam faraj
  15. Bahagian tumit
Bahagian-bahagian ini merupakan titik-titik ghairah yang harus dijadikan perhatian semasa merangsang, sama ada diraba, dibelai, dicium atau digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa berahi isteri sehingga klimaks yang diingini.
Berbagai cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta. Ini diikuti pula dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara ini merupakan hal biasa diamalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam dunia seks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbuan (foreplay) yang mempunyai daya untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya.
Mengingati betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan sahaja manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalah kita perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana mereka melakukan seks (mengawan)? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengan gerakkan mengawan.
Kucing umpamanya, sebelum mengawan terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari menajak ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Begitu juga kambing, burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil pemerhatian saintis-saintis kaji-laku binatang.
Jadi sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk menyetubuhi isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu dan cumbuan (foreplay), bahkan pula mereka seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak boleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Setiap isteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.
Benarlah kata Marie Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahi wanita dengan sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dan nyawanya. Dan ini memang penting sekali kerana membangkitkan nafsu berahi wanita sampai ke peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi adalah keperluan setiap wanita. Pertama untuk menghindarkan rasa sakit, keduanya dengan memuncaknya keberahian wanita, ia menyebabkan kemaluannya mengembang yang disertai pengeluaran air mazi. Ini akan melembapkan liang faraj untuk memudahkan zakar masuk ke dalamnya.
Sebaliknya kalau liang faraj kering disebabkan ketiadaan stimulasi maka ia akan menimbulkan perasaan rasa tidak senang lantas menimbulkan perasaan negatif di dalam minda wanita yang ingin didampingi. Sekiranya berlarutan, ia akan menyebabkannya merasa tidak selera dan muak setiap kali diajak bersetubuh. Akhirnya timbullah gejala kaku dan frigid.
Begitulah pentingnya cumbuan serta rayuan setiap kali sebelum bersetubuh. Hendaklah ingat di dalam merayu, perlu meghindari perilaku yang berlebih-lebihan dan tidak senonoh. Di zaman sekarang banyak berlaku cara-cara cumbuan yang melampaui batas hasil pengaruh budaya orang barat. Ramai suami yang merangsang isterinya dengan menjilat liang kemaluannya. Hal ini keterlaluan kerana ia sama seperti perilaku binatang yang tak patut diikuti oleh setiap manusia yang bermoral.
Adakah kita patut meniru tabiat kambing yang ketika sebelum bersetubuh, mencium dan menjilat kelamin kambing betina? Sebenarnya kita tidak boleh membuat sedemikian kerana kita sudah menempatkan sesuatu yang tidak pada tempatnya sebagaimana pendapat mengatakan:
“ Meletakkan sesuatu yang tidak pada tempatnya adalah perbuatan yang zalim.”
Tambahan pula menjilat alat kelamin sedang dalam keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah s.a.w. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:
“Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.
Mengapa Rasulullah s.a.w. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.
Hendaklah diingat bahawa setiap manusia selalu diiringi oleh malaikat. Tidak pernah malaikat yang ditugaskan meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka sewaktu kita bersetubuh dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat merasa malu? Kita sepatutnya menghormati mereka juga.Oleh itu kita patut menutup badan sewaktu berkeadaan telanjang di antara suami-isteri.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka”.
(Hadis riwayat Tirmizi).
Betapa bagusnya andaikata si suami prihatin terhadap aspek cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Suami-isteri akan menerima kepuasan seksual dalam keredaan Allah Ta’la.
Suami yang bijaksana patutlah mengetahui perubahan-perubahan nafsu berahi wanita. Dengan itu dapatlah suami berperanan positif menikmati kepuasan seks bersama dalam kehidupan rumahtangga.