Selain itu praktikkan 12 sikap di bawah untuk memastikan
anda mendapat seks yang hebat. Saranan
diberikan oleh pakar terapi seks Joel D. Block.
Ph. D dalam buku Secrets of Better Sex.
Ilmu pengetahuan adalah kekuatan seksual. Ramai sebenarnya yang salah faham tentang
perkara berhubung dengan seks. Cthnya
menafsir isteri dan suami yang tidak
mencapai kepuasan kerana punya sakit kelamin walaupun sebenarnya ia mungkin
kerana factor tekanan dan persekitaran.
Ada
keberanian
Seks memerlukan sedikit keberanian. Jangan biarkan rasa takut dan malu membatasi
perilaku seks anda dengan mencuba teknik baru dan posisi yang berbeza atau
meminta layanan seks seperti yang mereka inginkan.
Punya keinginan
Seks adalah tentang keinginan bukan keharusan. Apa yang anda dan pasangan anda
inginkan? Itu yang menjadi pokok utama
bukan apa yang anda fakir harus anda inginkan.
Saling bekerjasama
Kepuasan seks paling tinggi diperolehi bila pasangan saling
bekerjasama dan melibatkan diri sepenuhnya.
Jika anda terlalu sibuk memperhatikan potensi dan kepuasan sendiri dan
mengetepikan kepuasan pasangan, seks sudah tentu tidak menyenangkan.
Kepercayaan
Seks yang terbaik diperoleh bila pasangan berasa selesa
antara satu sama lain. Bagi mengatasi
halangan keselesaan ini maka diperlukan keyakinan bahawa diri diterima secara
penuh oleh pasangan.
Ada
komunikasi
Saling mencintai
Seks yang paling memuaskan berlaku jika pasangan saling
mencintai satu sama lain.
Bersedia mencari penyelesaian
Ada
kalanya pasangan mengalami masalah seksual yang tidak dapat mereka atasi
sendiri. Pasangan dengan sikap yang baik
akan mencari bantuan professional untuk menyelesaikan masalah dihadapi.
Kesihatan yang baik
Sentiasalah menjaga pemakanan dan melakukan senaman, ia
adalah cara utama mendapat kesihatan yang baik.
Buang fikiran kolot
Antaranya fikiran dalam perihal seks, lelaki harus memulakan
dan mendominasi suasana, sementara wanita bersikap pasif. Fikiran sempit sebegini akan membatasi
pengalaman erotik.
Perlu romantis
Cipta keadaan romantis sewaktu berhasrat melakukan
seks. Ia juga akan memberi kepuasan
ekstra pada pasangan.
Humor
Kita sering menganggap seks terlalu serius. Seks seharusnya menyenangkan dan
kadang-kadang lucu. Canda tawa juga
selalunya akan membuatkan hubungan tambah hangat dan mesra.